Friday, December 12, 2008

RAHSIA PERSAHABATAN

Mungkin ramai yang masih tidak tahu apakah kebaikan dan faedah yang tersirat di sebalik sebuah ikatan persahabatan. Berdasarkan beberapa kajian yang telah dilakukanoleh beberapa pakar psikologi luar negara, didapati bahawa menerusi hubungan persahabatan yang terjalin, anda dapat menikmati pelbagai faedah sampingan yang menguntungkan.

Faedah-faedah yang dimaksudkan itu turut mempengaruhi aspek kesihatan, emosi dan kehidupan sosial anda. Untuk membongkar dan mengetahui dengan lebih lanjut mengenai rahsia di sebalik sesebuah hubungan persahabatan itu, pelbagai info dan tip yang berkaitan telah disenaraikan. Ikuti episod ini seterusnya.

Saturday, December 6, 2008

ErTi PeRsAhAbAtAn

Bukan mudah memiliki sahabat yang benar-benar setia dan memahami anda. Maklumlah, dalam dunia ini terdapat bermacam-macam ragam manusia yang sukar ditafsirkan. Sekiranya tersilap memilih sahabat, anda akan merana kerana sahabat turut memberi pengaruh yang besar dalam kehidupan anda. Sehubungan itu, ini adalah rahsia untuk menilai yang mana permata dan ynag mana kaca. Ikuti tip berikut yang dapat membantu anda mencari teman sejati.

1. Boleh Berkongsi Apa Sahaja
Individu dari kategori ini sanggup mengetepikan krisis yang sedang dialaminya demi sahabat. Tetapi jangan pula anda mengambil kesempatan atas sikapnya itu. Bagaimana mengenal pasti individu jenis ini?
  1. - Dia tidak kecoh dan boleh menyimpan rahsia walaupun perkara kecil.
  2. - Dia sering bertanyakan khabar tentang diri anda
2. Memahami
Dia boleh mendengar dan menerima nasihat serta pandangan yang diberikan dengan hati terbuka. Nasihat yang diberikan juga amat menyakinkan anda. Individu jenis ini wajar anda dampingi sebagai sahabat sejati. Bagaimana mengenal pasti individu jenis ini?
  1. - Dia sedia dihubungi pada bila-bila masa.
  2. - Dia seorang teman yang komited.
  3. - Dia banyak membantu anda dalam hubungan percintaan.
3. Profesional
Ketika anda mengalami krisis percintaan, si sahabat datang menghampiri anda dan cuba memahami situasi anda. Dia cuba memberi nasihat dengan meletakkan dirinya dalam situasi anda sedang alami. Nasihat dan pandangannya itu ternyata tidak mempunyai unsur berat sebelahsekali gus tidak meletakkan kesilapan pada mana-mana pihak. Ternyata bahawa dia seorang sahabat yang wajar didampingi. Bagaimana mengenal pasti individu jenis ini?
  • Dia bijak mengawal emosi anda setiap kali anda berada dalam keadaan tertekan.
  • Setiap kali anda mengutarakan pandangan dan cadangan, dia mendengar dengan teliti. Anda dapat melihat keikhlasannya itu menerusi sinar matanya.
  • Dia tidak pernah memberi sebarang alasan sekiranya anda ajak bertemu walaupun dia tahu bahawa dirinya akan menjadi tempat luahan masalah pada waktu itu.
4. Jujur
Setiap kali ada yang tidak kena dengan penampilan anda, dia akan menegur dengan bijak. Ternyata dia ingin anda kelihatan 'cantik' sepanjang masa. Teguran dan komen yang diberikan itu membina dan anda boleh menerima dengan hati yang terbuka. Bagaimana mengenal pasti individu jenis ini?
  1. - Dia merupakan individu yang 'lurus'. Namun, keseluruhannya itu tidak pernah menyakiti hati anda.
  2. - Dia sedia menjadi 'tulang belakang' anda.
  3. - Anda sentiasa merasakan nasihat yang diberikan olehnya itu amat berharga.
5. Happy Go Lucky
Keramahannya sentiasa menyenangkan setiap orang yang berada di sekelilingnya. Dia sentiasa berada dalam keadaan ceria. Bagaimana mengenal pasti individu jenis ini?
  1. - Dia pandai menjaga diri dan mementingkan penampilan.
  2. - Apabila bersamanya, anda merasakan detik itu amat menyeronokkan.
  3. - Dia menghiburkan. Sesiapa sahaja amat menyenangi kehadirannya.
" Ikan sepat di Paya Baru,
Campur dengan lampam Siam,
Sudah dapat sahabat baru,
Saya terbuang dalam diam. "


Hindari Diri Daripada...

1. Teman Yang 'Menjatuhkan' Anda
Bagaimana mengenali individu jenis ini?
  • - Gemar mencari kesalahan orang lain.
  • - Dia berkecenderung menilai setiap perkara dari sudut negatif sahaja.
2. Teman Yang Memiliki Pengaruh Negatif
Bagaimana mengenali individu jenis ini?
  • - Anda dapat melihat sikap buruknya itu seperti kaki ponteng dan sebagainya.
  • - Dia mengajak anda melakukan sesuatu perkara yang salah disisi undang-undang.
  • - Dia gemar melakukan sesuatu perkaramengikut hatinya.
3. Teman Yang Mempergunakan Anda
Bagaimana mengenali individu jenis ini?
  • - Dia tidak pernah berkongsi kegembiraan dengan anda.
  • - Ketika dia dalam keadaan sedih, dia mengharapkan anda memberikan sepenuh perhatian kepadanya.
  • - Apabila anda memerlukan pertolongan daripadanya, dia tidak akan memberikan sebarang tindak balas.
4. Teman Yang Tikam Dari Belakang
Bagaimana mengenali individu jenis ini?
  • - Apa yang anda miliki, dia turut ingin memiliki bersama.
  • - Dia merahsiakan sesuatu perkara daripada pengetahuan anda.
  • - Nasihat yang diberikan olehnya sering menimbulkan keraguan anda.
" Anak Cina memasang lukah,
Lukah dipasang di kayu jati,
Kasih sayang tidak berpisah,
Ibarat rambut bersimpul mati "

BeSt FrEnZ SeLaMaNyA



Setiap makhluk yang bernyawa di muka bumi ini ternyata tidak mampu hidup bersendirian. Setiap insan memerlukan teman, geng atau memerlukan pasangan hidup untuk berkongsi kegembiraan mahupun kedukaan. Ia semestinya menuntut seseorang itu perlu bijak bersosial dalam kehidupan seharian. Walau bagaimanapun, hubungan yang terjalin tidak selamanya berjalan lancar seperti yang diidamkan.

Ketika kita dilanda kesedihan atau kesusahan, sahabat sejati pasti sanggup berada disisi. Walaupun orang terdekat iaitu keluarga sentiasa bersama tetapi sahabat mungkin merupakan tempat terbaik untuk kita mencurahkan perasaan dan berkongsi masalah.

" Galah terpacak di tengah laman,
Laman tempat muda dan mudi,
Bukan tak hendak mencari teman,
Belum dapat teman sejati "